بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi e-Alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang

POWER TALK BERSAMA ALUMNI MTNP SPM 2009

Pada 15 Jun 2023 yang lalu, telah berlangsung program perkongsian kepakaran yang dinamakan Power Talk yang telah disampaikan oleh alumni MTNP iaitu Saudara Muhammad Naim bin Katiman anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya, Pembangunan Modal Insan MTNP.

Saudara Muhammad Naim bin Katiman merupakan alumni MTNP Tahfiz Profesional lepasan SPM pada tahun 2009 dengan memperoleh pencapaian cemerlang 11A (7A+,1A,3A-). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda ke University of al-Azhar dalam Pengajian Ulum Islamiyah dengan pencapaian CGPA 3.7.

Bermula bekerja selepas graduasi sebagai Finance executive dalam Capital Market (Amanah Raya Trustees Berhad), kemudian sebagai Analyst di Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, kemudian sebagai Manager dalam company retail e-commerce, Salmi Niaga Solution. Beliau juga merupakan pengasas dan CEO Tibyan AI Sdn Bhd, sebuah company technology yang baru ditubuhkan. Di samping mengendalikan bisnes secara full time, beliau meneruskan pengajian nya dalam Charterd Financial Analyst, (CFA) dan certificate2 yang berkaitan dalam AI.

Perkongsian dan pendedahan kepada para pelajar adalah berkisar tentang :
• Pengalaman beliau selama menceburi bidang AI?
• Apakah itu AI?
• Kemaskini terbaru AI?
• Kebaikan AI?
• Kerjaya dalam bidang AI?

Para-pelajar kelihatan begitu teruja dengan pendedahan dan dikongsikan yang diberikan. Semoga dengan perkongsian yang diberikan ini memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar MTNP untuk menceburi dalam bidang teknologi ini di masa hadapan.

LAGI

ALUMNI DIPLOMA TAHFIZ MTNP MENERIMA TAWARAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

Setinggi tahniah saudari Siti Saffa’ bt Shaharuddin, Alumni Diploma Tahfiz MTNP (2013-2016) yang telah menerima tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong tahun 2023 di Istana Negara semalam. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D di UIAM dalam bidang pengurusan kewangan islam.


Semoga menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar MTNP yang lain.

LAGI

ALUMNI MTNP PERTAMA BERGELAR DOKTOR FALSAFAH.

Tahniah diucapkan kepada Ybhg.Dr.Hj. Mohd Saleh bin Ramli al-Hafiz, Pengarah Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis disempurnakan oleh Ybhg.Prof.Dr Syed Sofian bin Syed Salim mewakili Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Ybhg.Dr telah menamatkan pengajian peringkat PhD dalam bidang pendidikan dengan kajian bertajuk "The Relationship Between Emotional Intelligence With The Achievement Of Al-Quran Memorization".

Semoga penganugerahan ini akan melonjakkan lagi kecemerlangan MTTNP dalam bidang pendidikan dalam melahirkan generasi ulama' rabbani al-hafiz.

Ybhg.Dr adalah merupakan alumni MTNP yang pertama dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dari seramai 1128 jumlah keseluruhan alumni.

Semoga lebih ramai alumni MTNP juga MTTNP akan mencontohi kegigihan Ybhg.Dr untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat ini.

LAGI

ALUMNI MTNP DIMATA DUNIA

Hebat anak muda ini
...diberi peluang untuk membawa bendera kebanggaan negara di Hari Komanwel pada 9 Mac lalu di London di hadapan Perdana Menteri United Kingdom dan Queen Elizabeth.
Lengkap berbaju Melayu, Muhammad Adam Faliq Abdul Ghani adalah anak Pahang, alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang sains politik, falsafah dan ekonomi di University College London tajaan Bank Negara Malaysia.
Adam Faliq adalah Pengerusi Serantau Majlis Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire,
dipilih berdasarkan kepimpinannya yang begitu menonjol dan sumbangan kepada komuniti pelajar Malaysia di London.
Anak muda yang mendapat pendidikan menengah tajaan Yayasan Pahang di MTNP ini adalah pelajar cemerlang SPM 2014. Ini adalah sebahagian catatan kejayaan pelajar/alumni MTNP di peringkat antarabangsa!

LAGI

Image News

Image Banner